Sunday 24 January 2016

INTERVIEW SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA)


Assalamualaikum w.b.t

Tujuan post ini diharapkan untuk memberi sedikit input berkaitan prosedur temuduga untuk jawatan dalam perkhidmatan awam.

Pada 5 Januari 2016 yang lalu, saya telah menghadiri temuduga untuk jawatan Pegawai Farmasi Gred U41 yang bertempat di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Putrajaya.

Temuduga dijadualkan pada jam 9.00 pagi dan saya telah tiba di Tingkat 6, Bangunan SPA sejak dari pukul 8.00 pagi lagi. Penantian selama 2 jam 30 minit.. Akhirnya kira-kira pada pukul 10.30 pagi, giliran saya pula untuk ditemuduga..



Apa yang ada perlu lakukan sebelum datang ke pusat temuduga?



1. Pastikan segala dokumen yang telah disenaraikan dalam surat panggilan temuduga telah disediakan selengkapnya..

Antara contoh dokumen:
  • Dokumen asal (perlu disusun mengikut senarai didalam surat dan diletakkan di dalam clear folder)
  • Dokumen salinan (satu salinan, perlu disahkan dan diletakkan didalam file/envelope yang lain)
  • Resume berserta SATU gambar passport yang telah ditampal (Bahasa Melayu atau English)

2. Pastikan anda berpakaian kemas dan formal serta kasut yang bertutup.


SELAMAT BERTEMUDUGA!










No comments:

Post a Comment