Sunday 24 January 2016

INTERVIEW SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA)

Assalamualaikum w.b.t

Perkongsian sesi temuduga yang telah dijalankan oleh pihak SPA. Panel penemuduga adalah 2 orang iaitu Pengerusi Lembaga Temuduga (LTD) yang merupakan pegawai SPA yang telah dilantik. Senarai kod untuk LTD dapat disemak di dalam surat panggilan temuduga.. 

Manakala, panel kedua adalah wakil daripada pihak kementerian yang berkaitan. Untuk jawatan saya, sudah tentulah wakil dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), exactly, Pegawai Farmasi..

Sesi temuduga saya telah berjalan selama 20 minit dan 100% dalam Bahasa Melayu.. 

Jumlah yang dipanggil untuk temuduga seramai 700 orang dan kekosongan sebanyak 200 posts


Panel 1: Pengerusi LTD dari SPA

  1. Pengenalan diri secara ringkas.
Disini saya terangkan serba sedikit tentang diri, keluarga, pengalaman belajar dan berkerja.
  1. Penempatan pilihan
Kesanggupan untuk dihantar bertugas di Sabah dan Sarawak
  1. Bincangkan isu semasa yang anda tahu dan peka
Antara isu yang berkaitan dengan jawatan ditemuduga seperti kenaikan harga ubat-ubatan, rintangan antibiotic (antibiotic resistance), penjadualan semula dos vaksin (IPV) disebabkan masalah kekurangan bekalan.


Panel 2: Wakil KKM 

  1. Apakah hukum vaksin dalam Islam dan berikan dalil yang sesuai.
  2. Cara pengiraan creatinine clearance berserta unit.
  3. Rawatan untuk pesakit gout.
Terangkan acute and maintenance therapy management dan kesan sampingan (side effect) pengambilan ubat gout.
  1. Kaunseling kepada pesakit buta yang mengambil lima jenis ubat yang berlainan yang datang ke OPD tanpa penjaga.
Terangkan berkaitan Braille packaging untuk memudahkan penggunaan ubat.
  1. Kaunseling kepada pengguna produk pelansingan yang mengandungi dadah terlarang
Kesan Sibutramine kepada pengguna. Semak pendaftaran dan status produk dengan Badan Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).



SELAMAT BERTEMUDUGA!








INTERVIEW SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA)


Assalamualaikum w.b.t

Tujuan post ini diharapkan untuk memberi sedikit input berkaitan prosedur temuduga untuk jawatan dalam perkhidmatan awam.

Pada 5 Januari 2016 yang lalu, saya telah menghadiri temuduga untuk jawatan Pegawai Farmasi Gred U41 yang bertempat di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Putrajaya.

Temuduga dijadualkan pada jam 9.00 pagi dan saya telah tiba di Tingkat 6, Bangunan SPA sejak dari pukul 8.00 pagi lagi. Penantian selama 2 jam 30 minit.. Akhirnya kira-kira pada pukul 10.30 pagi, giliran saya pula untuk ditemuduga..



Apa yang ada perlu lakukan sebelum datang ke pusat temuduga?



1. Pastikan segala dokumen yang telah disenaraikan dalam surat panggilan temuduga telah disediakan selengkapnya..

Antara contoh dokumen:
  • Dokumen asal (perlu disusun mengikut senarai didalam surat dan diletakkan di dalam clear folder)
  • Dokumen salinan (satu salinan, perlu disahkan dan diletakkan didalam file/envelope yang lain)
  • Resume berserta SATU gambar passport yang telah ditampal (Bahasa Melayu atau English)

2. Pastikan anda berpakaian kemas dan formal serta kasut yang bertutup.


SELAMAT BERTEMUDUGA!










A Good Pleasant Day!


My 2016's resolution revolves around self-improvements and making new attempts.

One of them is by implementing social networking system to dedicate some words from my thoughts...

I am gratefully urging myself to share about some important issues, knowledge, and experiences related to my studies and works...

Hopefully, this medium can be a little-mini diary as well as benefit others as well.

Thank you...=)





Sieze your days, folks!