Tuesday 2 February 2016

FARMASI DI UiTM PUNCAK ALAM

Assalamualaikum w.b.t

Post kali ini untuk memberi sedikit info berkaitan kursus Farmasi di Malaysia.

Saya salah seorang graduan program Ijazah Sarjana Muda Farmasi dengan Kepujian dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam.
UiTM Kampus Puncak Alam (gambar lama). Sekarang dah bertambah fakulti dan fasiliti lain..

Kebiasaannya pengajian farmasi di universiti awam memakan masa selama 4 tahun dan mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara automatik kerana kursus ini merupakan kursus kritikal di samping program perubatan dan pergigian.

Tetapi, JPA tidak lagi memberikan biasiswa secara automatik untuk para pelajar program farmasi. Puncanya, tidak dapat saya dikenalpasti. Kenyataan ini hanyalah berdasarkan situasi yang dihadapi oleh junior-junior semasa saya masih di universiti. Ada yang perlu mengambil PTPTN untuk membiaya kos pengajian mereka..=(

Jadi, saya hanya boleh bercerita pengalaman sendiri sahaja bagaimana dapat masuk ke dalam program ini.

Setelah tamat program asasi selama setahun, saya telah memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi atas beberapa faktor iaitu:

1.       Minat mendalam semenjak sekolah menengah, daripada dorongan keluarga dan guru.
2.       Tugas ahli farmasi yang sangat universal, namun masih kurang meluas lagi di Malaysia.
3.       Permintaan yang luas dalam pasaran kerja, termasuklah gaji.


Ok, pengajian farmasi di UiTM terdiri daripada 8 semester selama 4 tahun. 1 semester tu lebih kurang dalam 6 bulan
Ni la simbol pelajar farmasi, "mortar and pestle".. Tahun 1 selalu la guna ni, lepas tu memang tak nampak dah..=)

Tahun 1
Tahun pertama boleh dianggap seperti refreshment course, apa yang telah dipelajari semasa di asasi. Terdapat juga subjek-subjek asas farmasi dan subjek wajib universiti.

Tahun 2
Permulaan subjek-subjek lebih mendalam dalam farmasi.

Tahun 3
Pre-clinical year, di mana terdapat community, industrial dan clinical attachment.

Tahun 4 
Clinical year, di mana terdapat attachment di hospital dan applied course.


* Di UiTM, memang ada subjek third language untuk pelajar degree khususnya selama 3 semester. Masa saya di fakulti, bahasa yang ditawarkan ialah Arab, Mandarin, Jepun, dan French.


Update:

Boleh rujuk subjek-subjek yang disenaraikan untuk setiap semester dari laman web farmasi uitm. Mulai 2013, kod pengajian telah ditukar dari PH210 ke PH240.. Jadi, subjek ada yang telah dirombak dan ditambah.

Website Fakulti Farmasi UiTM 

http://pharmacy.uitm.edu.my/v1/




UiTM Di Hatiku